21
Kha, Jun
80 ARTIKEL BARU

Guna Saluran Betul Jika Mahu Bekerja Di Luar Negara - Wisma Putra

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengingatkan warganegara Malaysia yang bercadang bekerja di luar negara menggunakan saluran serta prosedur yang ditetapkan negara berkenaan.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka perlu mendapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke negara asing.

“Jangan tertipu dengan skim tertentu yang menjanjikan pekerjaan di luar negara sekiranya visa atau permit bekerja sah tidak diperoleh terlebih dahulu,” katanya mengulas laporan akhbar tempatan hari ini terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menjadi pendatang asing di Korea Selatan.

Wisma Putra berkata sebarang pertanyaan boleh dikemukakan secara terus kepada perwakilan Malaysia di mana-mana negara berkenaan dan maklumat mengenai mereka boleh diperoleh melalui laman web www.kln.gov.my.