27
Jum, Apr
960 ARTIKEL BARU

Pangkalan Udara Sendayan Mula Beroperasi Hari Ini

Semasa
Typography

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan) yang menempatkan markas dan pasukan yang beroperasi di PU Kuala Lumpur sebelum ini.

PU Sendayan dilengkapi fasiliti dan kemudahan yang lebih moden dan bersesuaian dengan keperluan serta cabaran bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ia turut membabitkan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) sejajar dengan Pelan Transformasi Air Force Next Generation (AFNG).

Pengkalan ini menempa sejarahnya sendiri menjadi pusat latihan terbesar dan utama TUDM, ia dibina diatas tapak seluas 750 ekar, termasuk 693 unit pelbagai kelas perumahan bagi anggota.

Terdahulu, selepas hampir 77 tahun beroperasi, Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 1941 secara rasminya memulakan operasi pemindahan petang Khamis lalu.

Namun, operasi pangkalan udara TUDM ini secara rasmi ditamatkan dan dipindahkan ke Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.

Perpindahan dan penempatan semula ini selaras usaha modenisasi dan menaik taraf fasiliti TUDM berdasarkan keperluan masa kini.