18
Sab, Ogs
62 ARTIKEL BARU

Saya Bukan Ahli Politik - TMJ

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan semalam apabila muncul bersahaja di sebuah pusat membeli belah di Tebrau, Johor Bahru.

Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung, baginda turut mengumunkan perbelanjaan sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Tunku Ismail turut berkeempatan beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan harian di pasar raya berkenaan.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.

“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Laporan beberapa portal berita menyebut Tunku Ismail membayar sekurang-kurangnya RM1 juta untuk program terbabit.