23
Isn, Apr
913 ARTIKEL BARU

BN Janji Hapus Tol Motorsikal Jika Berjaya Tawan Pulau Pinang

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menghapuskan tol bagi laluan motorsikal di Jambatan Pulau Pinang jika parti itu berjaya menawan kembali negeri terbabit, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Berita Harian (BH), Najib berkata, janji tersebut merupakan janji tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan pembinaan 65,000 rumah mampu milik kepada penduduk Pulau Mutiara itu.

"Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

"BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan," katanya seperti memetik laporan BH pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di Balik Pulau, hari ini.

 

Difahamkan, majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.