19
Kha, Jul
50 ARTIKEL BARU

Pelepasan Cukai GST Bagi Projek ECRL

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pihak Kastam DiRaja Malaysia mengesahkan bahawa kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC) telah diberikan pelepasan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Langkah tersebut diambil bagi tujuan untuk mengurangkan kos pembinaan ECRL sekaligus merupakan satu langkah penjimatan bagi pihak kementerian dan kerajaan.

Isu pelepasan GST yang melibatkan projek awam ini sebenarnya bukanlah satu perkara baharu memandangkan terdapat beberapa projek pembinaan Sekolah Swasta Cina sebelum ini juga telah diberikan pelepasan cukai yang sama.

Antara 4 buah sekolah yang telah diberikan pelepasan cukai tersebut adalah SMJK Sacred Heart, SRJK (C) Yang Cheng, SRJK (C) Kuen Cheng (1) dan SM Sam Min (Suwa) dengan jumlah penjimatan GST keseluruhan bernilai RM1.433 juta.

Pelepasan cukai GST ini turut diberikan kepada pembinaan semua Sekolah Tamil serta Sekolah Menengah Agama Swasta.

Bagi projek ECRL pula, pihak China juga telah bersetuju untuk memberikan kadar faedah yang jauh lebih rendah bagi membantu pengurangan kos keseluruhan pembinaan, iaitu pada kadar 3% beserta pelepasan pembayaran pinjaman selama 7 tahun.

Usaha pelepasan cukai bagi tujuan pelaburan ini juga sebenarnya telah lama dilaksanakan dan dilihat mampu untuk menarik lebih banyak pelabur baru untuk melabur ke dalam negara ini disamping membuka peluang-peluang dagangan yang lain yang bakal menguntungkan Malaysia.