17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Pemerhati Antarabangsa PRU14 Mula Tiba

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pemerhati antarabangsa dari sembilan negara mula tiba di Malaysia hari ini bagi memantau proses Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu ini.

Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.20 pagi.

Ketibaan mereka disambut Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk K Bala Singam.

Kumpulan pemerhati dari Thailand dijangka tiba pada tengah hari, diikuti pemerhati dari Azerbaijan pada sebelah petang.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata  agensi itu menjemput 25 pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan proses PRU14 iaitu dari Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan.

Selain itu, SPR turut melantik 1,236 pemerhati pilihan raya daripada 14 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.