25
Sel, Sep
110 ARTIKEL BARU

7 Juta Sudah Mengundi - SPR

Semasa
Typography

PUTRAJAYA - Setakat jam 1 tengahari, seramai 55 peratus atau sekurang-kurangnya 7 juta daripada 14.4 juta pengundi sudah menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi PRU14 yang akan berakhir jam 5 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),  Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

“Ini berbeza berbanding PRU lalu, menampakkan kesungguhan pengundi untuk keluar mengundi,” katanya.

Sebelum ini, SPR menyatakan sasaran keluar mengundi untuk PRU14 ialah 85 peratus.

PRU13 mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dalam sejarah pilihan raya Malaysia iaitu sebanyak 84.4 peratus.