11
Sel, Dis
28 ARTIKEL BARU

Najib Kecam Serangan Panggilan Spam

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya modus ‘panggilan spam’ yang diterima ramai ahli politik termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada nombor antarabangsa sejak pagi tadi. 

Justeru itu beliau mengarahkan tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan dalam menanganinya.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik ‘panggilan spam’ yang diterima ramai pemimpin BN daripada nombor antarabangsa.

“Telefon yang diserangi ‘spam’ ini tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“Selain itu, banyak laman web BN tak boleh diakses. Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil,” katanya menerusi Twitter rasmi hari ini.

Terdahulu beberapa pemimpin BN seperti Datuk Seri Rahman Dahlan dan Datuk Seri Hishammudin yang menjadi mangsa  dilaporkan memuat naik gambar panggilan daripada nombor yang tidak dikenali itu menerusi laman Twitter masing-masing.

Pada masa sama, rungutan mengenai panggilan spam itu turut dibuat oleh pemimpin pembangkang antaranya Naib Presiden PKR, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi laman sosial amsing-masing.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi satu kenyataan berkata gangguan panggilan spam diterima beberapa pemimpin politik tanah air berpunca daripada serangan siber (BOTS).

Agensi itu dilaporkan sedang melakukan siasatan dan mengesa mangsa tidak menjawab panggilan terbabit.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.