16
Isn, Jul
49 ARTIKEL BARU

TIDAK RASMI: BN Menang Kalabakan, Baram, Tanjong Manis

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi Parlimen masing-masing di Kalabakan, Sabah dan Baram, Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan Bernama.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi tersebut, calon BN, Anyi Ngau memenangi kerusi Parlimen P220 Baram manakala calon BN, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh memenangi kerusi Parlimen P191 Kalabakan.

Selain itu, Yusuf Abdul Wahab yang mewakili BN memenangi kerusi Parlimen Tanjong Manis, Sarawak.