17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Harga Minyak Kekal Buat Minggu ke-7

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel terus kekal bermula tengah malam ini.

RON95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter, manakala RON97 dengan harga RM2.47 seliter.

Diesel pula kekal dengan harga RM2.18 seliter.

Harga baharu itu diumumkan pada petang Rabu dan akan berkuatkuasa bermula 12.01 awal pagi Khamis (10 Mei) sehingga 16 Mei depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.