21
Rab, Nov
46 ARTIKEL BARU

Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah PM ke-7

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, malam ini.

Beliau diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981.

Sultan Muhammad V sudah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam, Pakatan Harapan (PH) memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Pada PRU ini, Mahathir berjaya memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan memperoleh majoriti 8,893 undi menewaskan penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dalam pertandingan tiga penjuru.