22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Berita Hadiah US$1 Bln Daripada Brunei Tidak Benar - Pejabat PM

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri hari ini menyangkal dakwaan bahawa Sultan Brunei telah memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara ini.

"Ia tidak benar," kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri apabila ditanya mengenai perkara itu yang tular menerusi media sosial hari ini.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan ketua negara asing pertama mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pelantikannya di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis.

Gambar-gambar pertemuan itu tular menerusi media sosial dengan kapsyen menyebut tentang 'hadiah' kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi tanpa perlu dibayar balik.