22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Mohamed Apandi Mula Cuti Tanpa Rekod

Semasa
Typography

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memulakan cuti tanpa rekodnya selama 30 hari bermula hari ini.

"Saya kini bercuti tanpa rekod selama 30 hari. Justeru, saya tidak akan hadir ke pejabat hari ini," kata Mohamed Apandi dalam satu kenyataan.

Namun begitu dalam masa yang sama, beliau menegaskan dirinya masih Peguam Negara yang berkhidmat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mohamed Apandi telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkuat kuasa serta-merta.