25
Sel, Sep
110 ARTIKEL BARU

Alhamdulillah, Terima Kasih Tuanku - Anwar

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, terima kasih Tuanku".

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini susulan pembebasannya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara di sini, hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

"Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara," kata Dr Wan Azizah.