12
Isn, Nov
48 ARTIKEL BARU

Polis Sahkan Geledah Kediaman Najib

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Tiada tangkapan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setakat pukul 2 pagi ini.

Menurut sumber polis, serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu bertujuan mencari dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Media tempatan melaporkan Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya menggeledah kediaman bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini malam tadi.

"Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas perdana menteri untuk membuat pencarian," katanya ketika dihubungi media.

Tinjauan Bernama mendapati 16 kenderaan polis bersama trak memasuki kediaman Najib pada pukul 10.15 malam tadi bagi menjalankan siasatan dan susulan itu, kawasan sekitar kediamannya dikerumuni pengamal media tempatan dan asing selain orang ramai untuk mengetahui perkembangan terkini.

Polis dilihat turut menggeledah kediaman Najib di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini.