20
Sab, Okt
44 ARTIKEL BARU

Rosmah dipanggil SPRM Selasa ini

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diarah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, jam 11 pagi Selasa ini.

 

Menurut sumber, kehadiran Rosmah adalah bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.

 

Katanya, surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, pada jam 4.00 petang hari ini.

 

Beberapa pegawai SPRM kelihatan membawa sebuah beg yang dipercayai mengandungi dokumen yang diambil dari kediaman itu.

 

Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.30 petang.

Sebelum ini, Najib telah hadir ke SPRM sebanyak dua kali bagi memberikan keterangan berkaitan SRC International.

 

-- SINAR HARIAN