24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

Sultan Selangor amat dukacita tindakan Orang Melayu hasut rakyat benci raja

Semasa
Typography

SHAH ALAM, 8 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu.

Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.

"Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini."

"Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis," titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

 

-- BERNAMA