22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Lokasi sebenar Jamal telah dikenal pasti

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR 26 Jun - Polis telah mengenal pasti lokasi sebenar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan menghilangkan diri ke Indonesia sejak 25 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jamal kini dikenal pasti di sebuah lokasi di negara tersebut.

“Kita telah bekerjasama dengan polis Indonesia dan semuanya berjalan lancar. 

“Mereka (polis Indonesia) telah berikan bayangan tindakan susulan untuk menahan Jamal. Kita akan ambil tindakan dan bawa beliau balik ke Malaysia,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE