22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Dua penunggang basikal lajak parah

Semasa
Typography

DUA kanak-kanak lelaki parah selepas basikal lajak dinaiki mereka dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Ciku, Taman Sri Aman, Yong Peng, Batu Pahat, 1.15 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Raiz Mohd Radzi, 11, dan M Vijaya, 13, cedera parah di badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

“Hasil maklumat awal mendapati ketika lelaki berusia 59 tahun yang memandu Toyota Innova di tempat kejadian, tiba-tiba satu basikal lajak dinaiki kedua-dua mangsa keluar dari simpang kiri.

“Pemandu terbabit gagal mengelak lalu terlanggr basikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian menghubungi HSNI sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke hospital itu menggunakan ambulans.

Katanya, pemandu berkenaan sudah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berikutan itu, ibu bapa diingatkan mengawasi anak masing-masing supaya tidak terbabit dengan aktiviti basikal lajak kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Polis tidak akan teragak-agar merampas basikal lajak kerana penggunaannya membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya,” katanya.

 
Mohamad Fahd Rahmat

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.