16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

'Jaga mak dan adik elok-elok

Semasa
Typography
Nur Izzati Mohamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 12:16 PM
 
“Ayah kata, bila dia sudah tiada di dunia ini nanti tolong jaga mak dan adik elok-elok,” kata anak sulung kepada Noorakhirludin Alam Mohamad Noor yang maut dalam kemalangan di Kilometer 446 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Rawang, semalam.

Farah Nurakhirludin Alam, 17, berkata, bapanya itu pernah memaklumkan menghidap penyakit batu karang dan beberapa kali memberi pesanan yang menyebabkan hatinya mula menjadi resah.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya Sabtu lalu ketika mahu pulang ke asramanya yang terletak berdekatan dengan kawasan rumah mereka di Kepala Batas..

“??Namun, beberapa hari lalu saya ada menghubungi ayah dan pada ketika itu ayah memaklumkan bahawa dia menghidap penyakit batu karang.

“Sebelum ini ayah sudah beberapa kali pesan jika dia tiada suatu hari nanti, tolong jaga mak dan adik-adik yang membuatkan saya tidak sedap hati dan ia terjawab dengan pemergian ayah akibat kemalangan tragis ini,” katanya.

Farah berkata, satu jam sebelum kemalangan yang menimpa ahli keluarganya itu, dia baru sahaja menghubungi ibunya, Maskiah Mat Saad, 40-an, untuk meminta kebenaran ingin keluar bersama rakan asrama.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, dia dihubungi seorang guru yang memaklumkan keluarganya terbabit dalam kemalangan jalan raya dan bapa saudaranya akan datang menjemputnya di asrama.

“Paksu datang mengambil saya dan ketika itu dia minta saya bersabar banyak-banyak kerana ayah sudah tiada,” katanya dalam keadaan sebak.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, Noorakhirludin Alam, 48, bersama isteri dan anak bongsunya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk melawat anak kedua dan ketiganyayang belajar di sekolah dekat sana.

Namun kejadian tragis menimpa mereka sekeluarga apabila treler terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan lalu melanggar beberapa kenderaan di laluan berkenaan termasuk kereta dipandu Noorakhirludin Alam.

Selain Noorakhirludin, kemalangan itu juga turut mengorbankan tiga sahabat yang masing-masing berusia 24 tahun.

Difahamkan, anak bongsu Noorakhirludin Alam pula dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).