16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

'Azmin setia pada parti dan kepimpinan Anwar'

Semasa
Typography
Hafiz Marzukhi, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 18, 2018 13:03 MYT

KUALA LUMPUR: Ura-ura mengenai 'hasrat' Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti adalah tidak benar.

Menurut setiausaha politik Mohamed Azmin, Hilman Idham, sebaran senarai nama yang kononnya meletakkan beberapa nama pimpinan PKR termasuk Mohamed Azmin, merupakan 'perkara biasa' menjelang mana-mana pemilihan parti.

"Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan keterbukaan, semua jawatan dalam parti dipertandingkan.
"Namun apa yang dizahirkan oleh Datuk Seri Azmin adalah kesetiaan beliau kepada perjuangan PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak boleh dipertikaikan," Hilman memberitahu Astro AWANI, hari ini.

Tambahnya, beliau yakin, dengan pengumuman Anwar untuk bertanding jawatan Presiden, Mohamed Azmin akan terus mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti.