23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

'Dia menjerit lemas, lemas...'

Semasa
Typography
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

“SAYA dengar suami menjerit. Saya kemudian pergi ke bilik anak perempuan dan beritahu ada kebakaran,” kata Aznin Ishak, 61.

Aznin adalah isteri kepada Ahmad Zabidi Abdul Rashid, 67, yang maut selepas terjun dari tingkat satu sebuah rumah di Jalan SG 2/5, Taman Sri Gombak, di Gombal, kira-kira jam 2.15 pagi tadi,

Mangsa maut ketika mahu menyelamatkan diri.

 

Aznin berkata, bilik tidurnya berada di tingkat atas rumah berkenaan dan dia menyedari berlaku kebakaran apabila asap mula masuk ke dalam biliknya.

“Arwah mempunyai asma, dia kemudian menjerit lemas, lemas... ketika itu pintu jeriji bilik berkenaan namun saya mempunyai kunci berkenaan.

“Saya kemudian membuka pintu jeriji terbabit sebelum bertindak terjun ke sengkuap di bahagian kiri bilik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, ini.

Menurutnya, suaminya juga cuba untuk terjun dari sengkuap di bahagian hadapan namun tergelincir sebelum jatuh dari sengkuap berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat jiran saya di bawah yang memeriksa keadaannya. Saya juga cuba bertanya sama ada dia baik atau tidak.

“Bila saya berada di bawah, jiran-jiran termasuk menantu tertanya-tanya kenapa arwah masih belum bangun sebelum diberitahu dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba mengesahkan suaminya itu sudah meninggal dunia.

Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Selayang.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dibantu BBP Rawang, Kepong, Gombak dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan 70 peratus di tingkat atas kediaman berkenaan. Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan sekitar kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.