26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Najib berdepan tiga pertuduhan lagi

Semasa
Typography
Ahmad Johari Mohd Ali
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan didakwa dengan tiga lagi tuduhan membabitkan kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Sumber memberitahu NSTP, tiga tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan POengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.

Seksyen itu menyebut mengenai kesalahan antaranya membabitkan secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihkan atau membawa masuk ke dalam negara hasil aktiviti haram.

 

Mengikut seksyen itu, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam sidang media pada April lalu, berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baharu diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah SesyenKuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Esok ditetapkan bagi sebutan kes berkenaan.

Pihak mahkamah sudah mengatur persiapan dengan memasang penghadang di lobi mahkamah bagi memudahkan urusan pendaftaran wartawan yang mengikuti prosiding kes berkenaan.