17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

Pelik Ahmad Zahid tolak jawatan Pengerusi PAC

Semasa
Typography
Shamsul Kamal Amarudin; Shaarani Ismail dan Zahratulhayat Mat Arif
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

TIMBALAN Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming hairan dengan keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak berani memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Saya tidak pasti mengapa beliau tidak berani untuk memikul tanggungjawab ini. Pengerusi PAC adalah satu jawatan yang cukup berprestij.

“Ia adalah Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang berhak untuk memanggil sesiapa sahaja untuk memberikan kenyataan dalam perbicaraan dan mesyuarat PAC termasuk Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

Nga amat kecewa mengapa ketua pembangkang enggan memikul amanah untuk memainkan peranan imbang dan periksa.

“Terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian kenapa ketua pembangkang tidak berani mengambil jawatan penting ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham supaya tidak terlalu bermurah hati sehingga disalahgunakan dan dieksploitasi oleh pihak pembangkang.

“Adalah jelas sekali, niat mereka bukan sahaja hendak bertanya soalan tetapi mahu membuat kacau sahaja. Empat puluh minit sahaja bagi sesi soal jawab dan hanya satu soalan yang dijawab.

“Ini menunjukkan pembangkang tidak menepati untuk menjadi pembangkang yang konstruktif dan mereka haruslah menuju soalan secara padat, cepat dan ringkas. Wakil kerajaan perlu memperbaiki pengurusan masa.

Beliau justeru mencadangkan supaya Speaker bersikap lebih tegas dan tidak terlalu bermurah hati.

“Tingkah laku patut mencerminkan tahap seseorang. Jangan lupa, rakyat hari ini boleh memilih kamu, esok rakyat boleh menolak kamu. Jangan lupa ini adalah dewan dari rakyat dan untuk rakyat. Perangai yang tidak senonoh wajib dielakkan,” katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.