26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Musa Aman selesai beri keterangan

Semasa
Typography

PUTRAJAYA - Selepas lebih dua jam memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dilihat meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya itu kira-kira jam 2.10 petang.

Kali ini beliau menaiki kenderaan Velfire warna perak namun enggan melayan pihak media yang cuba mendapatkan reaksinya di luar pagar utama ibu pejabat.

Difahamkan Adun Sibuga itu selesai memberi keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan pihak SPRM berhubung dakwaan ‘pembelian’ wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Tindakan itu dikatakan meletakkan BN dan Parti Warisan Sabah masing-masing terikat 29 kerusi daripada 60 kerusi Dun.

Bagaimanapun tiada maklumat terperinci berkaitan perkara itu.

Difahamkan pihak SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu hari ini.

Musa hadir pagi tadi menaiki kenderaan jenis Velfire hitam tiba di pejabat SPRM 11.45 pagi diiringi peguamnya ketika hujan lebat.

Bekas Ketua Menteri Sabah, itu semalam mengangkat sumpah sebagai Adun.