14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Bapa durjana direman

Semasa
Typography
Suzalina Halid
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENGANGGUR direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol anak kandungnya di rumah di Changlun, Alor Setar, kelmarin.

Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Nabilah Md Ruslan, membenarkan suspek berusia 46 tahun direman sehingga 13 September ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Alor Setar, pada 10.30 pagi sambil diiringi anggota polis selepas dia ditahan semalam, susulan laporan yang dibuat mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, yang dihubungi memaklumkan suspek disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol anak gadisnya sendiri.

Sebelum ini, NSTP melaporkan bapa tergamak merogol anaknya berusia 20 tahun ketika mangsa berada dalam bilik tidurnya di rumah mereka.

Kejadian berlaku pada kira-kira 7 pagi apabila mangsa menyedari ada orang memasuki bilik sebelum merogol dirinya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kodiang sebelum dibawa ke Hospital Jitra dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.