18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

Cepatlah kaya!

Semasa
Typography
Zuliaty Zulkiffli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alor Setar: Hanya bermodalkan RM30 dan tidak memikirkan keselamatan nyawa pengguna jalan raya, tiga pemborong alat ganti kenderaan di Jitra dikesan menjual pelapik brek tiruan pada harga RM400.

Kegiatan itu terbongkar selepas premis berkenaan diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah semalam.

Pemeriksaan mendapati alat berkenaan tidak mempunyai pengesahan SIRIM, tetapi dijual pada harga barangan asli.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Chin Ching Chung, berkata pihaknya menerima maklumat awam berkaitan penjualan pelapik brek palsu itu selepas ada pelanggan mendapati alat itu rosak selepas beberapa bulan digunakan.

Katanya, berikutan itu pihaknya merampas 174 pelapik brek pelbagai jenama dianggar bernilai RM36,300.

“Malah, sebuah syarikat automotif turut mengesahkan alat ganti yang menggunakan jenamanya adalah palsu.

“Berdasarkan siasatan, pelapik brek berkenaan berkemungkinan diperoleh pemborong terbabit dari negara luar dan ia dibeli pada harga serendah RM30 sebelum dijual kepada pelanggan pada harga antara RM300 hingga RM400.

“Bagi pelapik brek gantian yang dikilangkan di negara ini, cop SIRIM dan MS1164 perlu ada, manakala untuk alat ganti import, ia perlu ditandakan dengan Standard Keselamatan Antarabangsa, kod negara pengeluar dan nombor kelulusan keselamatan,” katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.