16
Ahd, Dis
9 ARTIKEL BARU

Peratusan keluar mengundi paling rendah?

Semasa
Typography
Rizanizam Abdul Hamid
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PERATUSAN keluar mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia yang amat perlahan mungkin akan menjadi yang terburuk dalam sejarah PRK di negara ini.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau menjangkakan peratusan pengundi sehingga pusat mengundi ditutup mungkin lebih sedikit daripada PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini yang mencatatkan 49.4 peratus.

"Berdasarkan pengalaman saya, pengundi semakin kurang keluar pada waktu petang berbanding sebelah pagi kecuali jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuat operasi besar-besaran memanggil pengundi.

"Namun, isu lain pula adakah pengundi ada di rumah waktu ini sedangkan ia waktu cuti panjang bermula Sabtu hingga Selasa ini," katanya yang berada di Indonesia ketika dihubungi NSTP hari ini.

Statistik dikeluarkan SPR setakat 4 petang tadi menunjukkan hanya 39 peratus keluar mengundi di DUN Balakong diikuti Seri Setia mencatatkan 41 peratus.

PRK DUN Sungai Kandis mencatatkan jumlah kedua paling sedikit keluar mengundi dalam dalam sejarah PRK negara pada kadar 49.4 peratus.

Untuk rekod, PRK DUN Penanti pada 2009 mencatatkan peratusan keluar mengundi paling sedikit iaitu hanya 46 peratus.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata terdapat banyak faktor mendorong kemerosotan pengundi di kedua-dua PRK berkenaan dengan faktor utama adalah disebabkan cuti panjang empat hari bermula Sabtu hingga Selasa ini.

"Faktor lain adalah tempoh kempen 21 hari yang terlalu panjang menyebabkan pengundi sendiri sudah bosan dan hilang ghairah untuk keluar mengundi.

"Mungkin juga bagi mereka tiada perbezaan sama ada pembangkang atau kerajaan yang menang selepas pertukaran kerajaan baharu," katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.