18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

Anwar tanding di negeri diperintah PKR

Semasa
Typography
Mohd Hafiz Ismail
12 September 2018

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan bertanding di negeri yang diperintah oleh parti tersebut itu Negeri Sembilan dan Selangor.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menafikan Anwar bakal bertanding di Pulau Pinang dan Kedah serta tidak menolak kemungkinan tiga sekeluarga iaitu Anwar, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak beliau Nurul Izzah akan berada di Parlimen menjelang Oktober ini.

Menurutnya, jika mengambil kira kenyataan Saifuddin itu tiga negeri utara seperti Pulau Pinang, Kedah dan Perak telah terkecuali, manakala di pantai timur pula tidak ada kerusi bagi PKR.

"Dalam situasi di Semenanjung sekarang, lima negeri iaitu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor menjadi negeri menjadi tumpuan. Berbalik kepada kenyataan saya iaitu Anwar bakal bertanding di negeri yang diperintah oleh PKR, makanya dua negeri tersebut adalah Selangor dan Negeri Sembilan.

"Walaupun kita telah negeri-negeri di utara dan pantai timur, kerusi milik PKR masih banyak di Lembah Klang ini. Kalau di Pandan, saya tak rasa Wan Azizah akan memberi laluan kerana tempoh penggantian Anwar sebagai perdana menteri masih berbaki lebih daripada setahun dan ia tidak akan berlaku dalam tempoh secepat itu. Kalau Parlimen Batu pun ada kemungkinan juga, tetapi adakah wakil rakyat baharu bersedia melepaskan jawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini, Saifuddin mengesahkan PRK tidak akan berlaku di Parlimen Pandan seperti jangkaan Pas Selangor.

Menurutnya, pengumuman rasmi akan dibuat di Ibu Pejabat PKR, esok

Mengulas lanjut, Anuar Shah berkata, kerusi campuran adalah parlimen paling sesuai ditandingi oleh Anwar berdasarkan kepada kenyataan Saifuddin mengenai kerusi selamat buat Anwar.

"Kalau di Negeri Sembilan, kerusi itu adalah di Port Dickson di mana penyandangnya sekarang adalah Datuk Danyal Balagopal Abdullah. Berdasarkan pecahan pengundi pula tidak ada satu kaum majoriti di mana Melayu sekitar 43 peratus, Cina 33 peratus dan India 22 peratus.

"Dalam pada itu, kerusi di Selangor juga tidak boleh di abaikan kerana PKR mempunyai banyak kerusi di Lembah Klang," katanya.