18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

Kebakaran di rumah panjang, 47 tinggal sehelai sepinggang

Semasa
Typography

Rohana Wahed, Astro Awani

SRI AMAN: Sebuah rumah panjang 24 pintu di Jalan Stumbin di sini musnah dalam satu kebakaran pada petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.46 petang.

“Dua jentera bomba dan dua ambulans EMRS dengan kekuatan 17 anggota segera digerakkan ke lokasi dari Balai Sri Aman dan Betong.

“Sejurus tiba di lokasi 24 minit kemudian, pasukan operasi melaporkan kebakaran melibatkan Rumah Panjang Geram Limur, berstruktur tidak kekal musnah seratus-peratus," ujarnya.

Katanya, pasukan bomba kemudian pantas membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki dan empat nozel, bersumberkan air dari anak sungai berdekatan dan api terkawal sekitar lapan minit kemudian.

“Seramai 47 penghuni rumah panjang tersebut tinggal sehelai sepinggang, dan daripada 24 pintu, sembilan bilik tidak berpenghuni.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” tambahnya.