18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

Doktor dibenar cuti jika mahu bantu mangsa gempa Sulawesi

Semasa
Typography

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan doktor dari sektor perkhidmatan awam untuk mengambil cuti bagi membantu mangsa tsunami dan gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata kesemua doktor yang berminat untuk berkhidmat di sana akan diberikan ruang untuk cuti tanpa rekod oleh kerajaan.

“Kita memberikan izin kepada semua doktor kita untuk mengambil cuti tanpa rekod dan akan dibenarkan untuk berkhidmat di sana,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Kesihatan dengan Kolaboratif Penyelidikan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST), hari ini.

Dzulkefly dalam pada itu tidak menyatakan bilangan doktor dari Malaysia yang sudah berada di negara itu ketika ini.

Sehingga hari ini lebih 1,200 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa dan tsunami bermagnitud 7.4 skala Ritcher yang melanda di Sulawesi Tengah 28 September lalu.

Media juga melaporkan lebih 50,000 orang di kawasan terjejas hilang tempat tinggal.

 

--FREEMALAYSIATODAY

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.