18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan

Semasa
Typography

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.

Kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang ini.

Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu.

-- BERNAMA