18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

'Cara agih subsidi minyak kena betul'

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan mempunyai kaedah mengagih subsidi minyak yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 supaya ia sampai kepada golongan yang disasarkan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata sehingga kini kerajaan masih tidak mempunyai kaedah yang tepat.

“Pada masa ini kita mengharapkan kerajaan memberikan kaedah pemberian subsidi itu dapat sasarkan kepada kumpulan yang layak sebab kita tak tahu lagi apa kaedahnya.

“Sebenarnya dah berpuluh tahun kita tak ada kaedahnya sebab itu orang Thailand, Singapura dapat juga manfaat daripada subsidi minyak kita.

“Jadi kali ini saya mengharapkan pembahagian subsidi itu melalui sistem yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM2 bilion bagi subsidi petrol yang memanfaatkan 4 juta pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1500 cc dan 2.6 juta pemilik motosikal 125 cc.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata kaedah menggunakan kad pengenalan mungkin membantu pengagihan subsidi supaya benar-benar sampai kepada yang berhak.

 “Siapa nak minta subsidi kena mohonlah, lalui prosesnya supaya diberi kepada yang layak sahaja.

“Beri kepada yang memerlukan, yang mohon dan isytihar pendapatan mereka. Kalau yang tipu boleh denda mereka. Cara ini lebih elok daripada yang sebelum ini di mana semua orang dapat subsidi. Kerajaan kena cepatlah dan teliti dalam perkara ini,” katanya.