18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

NEW DELHI - INDIA. Seorang guru diheret ke sepanjang jalan dengan hanya memakai seluar dalam selepas didakwa merogol pelajarnya hingga mangsa hamil.

Insiden memalukan di bandar Eluru, daerah Godavari Barat di negeri Andhra Pradesh itu turut dirakamkan seorang individu dengan menggunakan telefon pintar.

 

Lelaki dikenali sebagai Rambabu, 38, itu turut dipukul kira-kira 15 lelaki dan dibogelkan sebelum diarak di laluan sibuk menuju ke balai polis.

Guru tidak bertanggungjawab itu didakwa memberikan pil menggugurkan kandungan kepada mangsa selepas memperkosa pelajar Kelas 10 yang berusia antara 15 dan 16 tahun itu.

Keluarga mangsa menyedari perkara itu selepas dia mengalami pendarahan yang teruk.

Mangsa kemudiannya mendedahkan perbuatan guru bahasa Inggeris itu yang telah melakukan serangan seksual ke atasnya selama dua tahun.

"Dia hampir menemui ajal akibat pendarahan itu. Apabila kami tahu tentang perkara itu, kami tidak berdiam diri dan terus menangkapnya," kata salah seorang lelaki yang ada dalam rakaman video tersebut.

 

Setibanya di balai polis, guru terbabit ditahan selepas dia mengaku melakukan perbuatan itu. - Daily Mail

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Puluhan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut diiringi pihak berkuasa Israel.

Lebih 80 pelampau Yahudi memasuki lokasi sensitif di Haram al-Sharif pada awal pagi semalam dalam tindakan provokasi terbaharu di kawasan suci tersebut.

 

Perbuatan itu jelas melanggar perjanjian yang dimeterai antara Israel dan Jordan pada 1967 yang menetapkan orang bukan Islam tidak dibenarkan melakukan upacara ibadat mereka di kawasan

Baca Selanjutnya: Puluhan pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Singapura menyatakan pada Selasa bahawa ia tidak berminat untuk mengkaji semula harga air di bawah perjanjian yang ditandatangani dengan Malaysia pada 1962.

Kementerian Hal Ehwal Luar republik itu berkata dalam satu kenyataan bahawa kajian semula itu sepatutnya dilakukan pada 1987, iaitu dua puluh tahun selepas perjanjian ditandatangani sepertimana yang termaktub dalam perjanjian.

"Kedudukan ini dinyatakan dalam

Baca Selanjutnya: Singapura tak minat kaji semula perjanjian air

Agensi | Diterbitkan pada Julai 24, 2018 09:07 MYT

TORONTO: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan remaja wanita 18 tahun maut dalam insiden tembakan rambang di Greektown pada Ahad malam waktu tempatan.
 
Ketua Polis Toronto, Mark Saunders ketika mengesahkan perkara itu berkata 13 lagi mangsa mengalami kecederaan dan kini beransur pulih.
 
Mangsa yang cedera berusia di antara 10 hingga 59 tahun.
 
Suspek penyerang berusia 29 tahun juga meninggal dunia ketika berbalas tembakan dengan
Baca Selanjutnya: 3 maut dalam insiden tembakan rambang di Toronto

TOKYO: Harga minyak merosot hari ini selepas data industri menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mengalami kenaikan tidak dijangka.

 

Ia meletakkan permulaan bulan baharu dalam wilayah negatif selepas penurunan bulanan terbesar dalam tempoh dua tahun pada Julai.Niaga hadapan minyak mentah Brent pada Oktober jatuh 29 cents, atau 0.4 peratus kepada AS$73.92 setong pada 0044 GMT, menambah kerugian kepada 1.8 peratus dalam sesi sebelumnya.

 

Niaga hadapan minyak mentah AS

Baca Selanjutnya: Harga minyak dunia jatuh

Wong Kah Hui  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

PARLIMEN | Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata kedudukan negaranya mengenai orang buruan Malaysia, Sirul Azhar Umar adalah mengenai soal prinsip kerana ia melibatkan hukuman mati.

"Kedudukan Australia adalah satu perkara prinsip - kes-kes ekstradisi mengambil kira sama ada hukuman mati akan dikenakan di negara yang memohon (perintah itu) atau tidak," katanya pada sidang akhbar

Baca Selanjutnya: Australia tak berganjak isu Sirul, galak hapus hukuman mati

KOTA BHARU, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan membutirkan secara terperinci berhubung penggunaan wang royalti minyak dalam usaha memperkasakan ekonomi penduduk negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu, beliau berkata sebagai contoh, wang royalti minyak tersebut dapat digunakan untuk menambahbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar syiar Islam terus terpelihara di negeri ini.

"Di samping itu, kita juga tahu bahawa infrastruktur sesuatu yang amat penting

Baca Selanjutnya: Kerajaan Kelantan akan perincikan penggunaan wang royalti minyak - Ahmad

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.