23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamatan maahad tahfiz di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang mengorbankan 23 nyawa semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat pendaftaran yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam tapi tidak mematuhi piawaian bomba."

"Macam mana pun elok kita melakukan 'stock taking' kepada setiap maahad tahfiz," katanya kepada para pemberita selepas beliau meninjau lokasi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam ini.

Terdahulu, Najib mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meninjau lokasi kebakaran tersebut.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat terbakar 5.15 pagi semalam.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan tragedi itu amat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Persahabatan baik antara Malaysia dan Britain yang terjalin selama 60 tahun menyaksikan kesinambungan dan kerjasama demi masa yang lebih baik bagi kedua-dua negara.

Ini dapat dilhat dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Britain Theresa May di Downing Street, London.

Perdana Menteri berkata, secara tidak langsung ia memberi tambah nilai dalam mencari hubungan baru dan rakan kongsi di seluruh dunia memandangkan Britain telah

Baca Selanjutnya...

WASHINGTON, D.C. - Kerajaan mengisytiharkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bendera Malaysia itu dikibarkan separuh tiang selama dua hari bermula dari hari pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim esok dan Rabu.

"Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam posting di Facebooknya, Perdana Menteri menyatakan bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi serta amat disayangi rakyat.

Beliau juga memaklumkan sangat rapat dengan Almarhum Baginda.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR - Alunan ayat suci al-Quran memenuhi ruang legar Istana Anak Bukit di sini, yang menempatkan jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada usia 89 tahun petang semalam.

Sejak awal pagi ini, petugas istana yang lengkap berpakaian serba hitam, sibuk dengan tugas masing-masing bagi memastikan istiadat pemakaman diraja berjalan lancar.

Petugas media dilihat membuat persiapan peralatan dan menentukan kedudukan mereka.

Mengikut jadual, Istiadat

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah.

Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diberitakan mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang, hari ini.

Namun begitu setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman pada jam 5 petang ini.

 

 

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.