23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz menyelar tindakan sesetengah pihak yang sengaja mempolitikkan isu pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada majlis Perhimpunan 20,000 para huffaz Al-Quran baru-baru ini.

“Ia adalah saat pertemuan terbaik saya dengan YAB Perdana Menteri.

“Jika ada yang tercalar hati mereka dengan pertemuan tersebut, lalu mentohmah, bolehlah mereka mengubati sendiri duka dan amarah di hati mereka: Tidak cukupkah lagi masjid, al Quran dan perhimpunan zikrillah menjadi penyejuk hati dan kerehatan bagi manusia yang sentiasa berselisih di medan politik?" Ujar Nik Abduh menerusi status di laman Facebook miliknya.

Nik Abduh yang jugak merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas mahu pengkritiknya menyelami maksud kata-katanya sebagai pengubat perasaan amarah mereka yang tidak suka kepada pertemuan itu.

Malah anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat itu menganggap pertemuannya dengan Najib pada majlis itu merupakan pertemuan terbaik.

"Jika Malaysia mahu kembali dengan keadilan dan kesejahteraan hidup, maka kembalilah kepada al Quran dan masjid. Selainnya adalah kepalsuan yang nyata," tegasnya.

Baca Selanjutnya: Ia Adalah Pertemuan Terbaik Dengan PM- Nik Abduh

PETALING JAYA – Rakyat Negara ini sememangnya terkenal dengan penganjuran kegiatan amal, dan sekaligus membolehkan Malaysia tersenarai antara salah satu negara yang mempunyai ‘masyarakat pemurah’ di dunia.

Melalui keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Yayasan Bantuan Amal Dunia (Charity Aid Foundation’s- CAF) bagi tahun 2015, Malaysia menduduki tempat ke-10 di dengan purata markah sebanyak 52.

CAF yang berpengkalan di Britain telah mengeluarkan keputusan kaji selidik tersebut

Baca Selanjutnya: Malaysia Tersenarai Antara 10 Negara 'Pemurah'

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

1. Alhamdulillah segala lafaz puji dan syukur hanya terserah pada Allah, penguasa langit dan bumi, pemilik alam semesta serta pusat ketundukan rasa kehambaan sekalian makhluk-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

2. Pada hari yang mulia ini, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan ibadah

Baca Selanjutnya: Perutusan YAB Perdana menteri Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H/2015

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih berupaya untuk membuat bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini. Perkara itu diberitahu oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang turut menyatakan kedudukan kewangan negara sekarang masih kukuh dan proaktif.

“Mengenai bayaran BR1M, jangan risaulah, kerajaan masih berupaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta

Baca Selanjutnya: Kerajaan Masih Mampu Bayar BR1M – Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memberi jaminan bahawa keselamatan di ibu kota adalah terkawal di sebalik nasihat perjalanan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini kononnya terdapat ancaman pengganas di lokasi tertentu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata demikian sebagai mengulas nasihat perjalanan kedua-dua negara itu bagi rakyat masing-masing supaya mengelakkan Jalan Alor, Bukit Bintang di sini kerana serangan pengganas boleh berlaku.

"Apa

Baca Selanjutnya: Polis Jamin KL Selamat Dari Ancaman Pengganas

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan untuk memisahkan bahagian serta ruang masjid itu antara umat Islam dan Yahudi. Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan pengutukan itu kepada Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal menerusi perbualan telefon pada Isnin.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kebudayaan Palestin, perdana menteri turut berkata Malaysia menyokong penduduk Palestin dalam berhadapan dengan kezaliman dan pencerobohan itu.

Meshaal berkata keadaan

Baca Selanjutnya: Malaysia Kutuk Serangan Di Masjid Al Aqsa

KUALA LUMPUR - Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada Rabu lepas merupakan manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun beberapa perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini telah mencabar maruah orang Melayu, namun mereka tetap bersabar.

Tetapi perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada bulan lepas dianggap kemuncaknya apabila beberapa peserta perhimpunan itu
Baca Selanjutnya: Himpunan Rakyat Bersatu Manifestasi Kebangkitan Orang Melayu - Najib

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.