26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

Kuala Lumpur - Pihak Polis sedang melakukan siasatan terhadap dakwaan terdapat unsur sabotaj dari kumpulan-kumpulan lain, yang bukan terdiri dari ahli Himpunan Rakyat Bersatu yang telah menimbulkan kekecohan pada perhimpunan yang berlangsung pada 16 September lalu.

Kenyataan berkenaan siasatan tersebut telah di sahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa yang menyebut, "Ia sememangnya sebahagian dari siasatan kami. Dan kami akan menyiasat perkara tersebut hingga ke peringkat akar-umbi."

Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tajudin turut menambah, "Kami sedang mengkaji gambar-gambar dan rakaman dari perhimpunan tersebut. Beberapa individu telah dikenalpasti dan akan dipanggil untuk memberi membantu siasatan."

KUALA LUMPUR - Obor perjuangan kemerdekaan yang ditiupkan generasi terdahulu perlu diteruskan generasi kini untuk membentuk dan membangunkan sebuah negara yang maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata obor tersebut juga diyakini dapat diteruskan generasi kini khasnya orang muda melalui corak dan acuan pembangunan walaupun diuji pelbagai cabaran dan ujian dalam mendapatkan kejayaan yang diingini.

"Kita akan berdepan pelbagai yang lebih mencabar dalam memajukan Malaysia

Baca Selanjutnya: Generasi Kini Perlu Teruskan Obor Pejuang Kemerdekaan - Najib

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam untuk menangkis kritikan terhadap Malaysia dan kerajaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkara perkata itu dibangkitkan oleh Najib ketika berucap pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman.

* Dari 2009 hingga 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 47.7 peratus.

* 1.8 juta peluang pekerjaan telah

Baca Selanjutnya: Perdana Menteri Pertahan Rekod Malaysia

KUALA LUMPUR - Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.

"Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi.

Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan

Baca Selanjutnya: Misi Mencari Serpihan MH370 di Pulau Reunion Dihentikan

KUALA LUMPUR - Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada segenap lapisan dan kaum yang membanjiri Dataran Merdeka di sini pada Isnin untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati tema sambutan 'Sehati Sejiwa' dengan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan pada acara sambutan peringkat kebangsaan penuh warna-warni dan meriah itu.

Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan

Baca Selanjutnya: Semangat Patriotisme Dan Kebersamaan Rakyat Pada Sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Program Bantuan Pembeli Rumah PR1MA, di sini, bagi memberikan akses kewangan yang mudah kepada bakal pembeli rumah PR1MA.

Menerusi program itu, tiga komponen utama diperkenalkan termasuk 'Pinjaman Akhir' yang memberi pembiayaan hingga 110 peratus kepada pembeli oleh enam bank bank terpilih, program 'Menyewa-Untuk-Memiliki' (Rent-To-Own - RTO) bagi pembeli yang gagal mendapatkan pinjaman bank dan 'PR1MA Care' yang

Baca Selanjutnya: Pembiayaan Hingga 110 Peratus Beli Rumah PR1MA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bersama ribuan umat Islam dalam program Doa Untuk Malaysia yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka malam ini.

Program itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku

Baca Selanjutnya: Pemimpin, Rakyat Bersama Berdoa Untuk Malaysia

Lebih banyak artikel..