23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Berikut artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk 'Rekod Demokrasi dan Kebebasan Bersuara Yang Utuh di Malaysia' dipaparkan dalam blog beliau, najibrazak.com.

Dalam artiket tersebut, Najib, antara lain, mengkritik mereka yang cuba mencemar nama baik negara di persada dunia semata-mata hanya untuk kepentingan politik dan menegaskan kerajaan mendukung demokrasi, kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang.

Pada 31 Ogos, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 serentak dengan rekod pungutan pingat negara pada Sukan SEA, kami turut meraikan enam dekad negara kami menjadi sebuah demokrasi dan masyarakat yang bebas.

Hakikatnya, apabila pilihan raya ditandingi dengan begitu hebat dan kebebasan untuk menyatakan pandangan, Malaysia mempunyai rekod demokrasi yang paling lama di seluruh Asia Tenggara.

Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kami sebelum ini, apabila parti yang berbeza menang di beberapa negeri dan tokoh politik terkemuka hilang kerusi masing-masing disebabkan tiada sebarang keputusan yang boleh dijamin dalam undian demokratik yang bebas. Terserah kepada rakyat untuk memilih dan ini adalah satu rekod yang perlu dibanggakan oleh

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membincangkan isu anti keganasan di negera serantau dan isu kemanusian yang melanda etnik Rohingya di Myanmar dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J. Trump.
 
Menurutnya, dalam lawatan kerja tiga hari itu, beliau akan mengambil peluang untuk berbincang dengan Trump berhubung penderitaan mereka.
 
"Malaysia selama ini secara konsisten mendesak supaya penderitaan dan kesengsaraan kaum Rohingya diselesaikan
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksana 'Misi Kemanusian untuk Rohingya' yang terbesar dan diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu kenyataan media menyatakan ia merupakan manifestasi bantahan Malaysia sekerasnya terhadap penindasan berterusan oleh pasukan keselamatan Myanmar terhadap komuniti Rohingya.

Menurutnya, misi yang disokong oleh badan sukarelawan iM4U telah memulakan operasi dan bersedia

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.

"Dialog TN50 ini (membincangkan hal-hal) bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu memanfaatkan hubungan baik dengan negara luar, dan tidak menjadi katak di bawah tempurung' serta enggan bekerjasama dengan negara lain.

Beliau berkata kemasukan pelaburan asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, dan ini nyata telah menunjukkan keyakinan dunia antarabangsa terhadap pentadbiran negara.

Najib berharap lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,  menjelaskan bahawa negara ini akan tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050 dan ia bukan lagi bualan kosong.

“Ini berdasarkan laporan daripada syarikat perkhidmatan profesional antarabangsa, PwC menyebut Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada 2050. Inilah hasil kajian berdasarkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keyakinan pelabur asing ke atas

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Tahap kejayaan wanita dalam pelbagai bidang di negara ini lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata antara kayu ukur kejayaan wanita di negara ini dapat dilihat menerusi penglibatan dan sumbangan mereka dalam sektor ekonomi.

Katanya kira-kira 700,000 wanita Malaysia berada dalam sektor tenaga kerja yang memberi impak 0.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Dalam bidang pendidikan pula

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.