18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR: #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan barangan sempena

Baca Selanjutnya: #SehatiSejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2015

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mempertahankan kestabilan dan perpaduan negara bagi memastikan Malaysia terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran berterusan, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Beta berasa amat prihatin dengan pelbagai cabaran dan beberapa isu yang sedang kita hadapi ketika ini.

"Antaranya, bibit-bibit perpecahan yang diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab," titah Tuanku Abdul Halim dalam ucapan sempena sambutan Hari

Baca Selanjutnya: Rakyat Harus Pertahan Kestabilan, Perpaduan Negara - Yang di-Pertuan Agong