22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah dalam persidangan Khayr Ummah Conference (KUC) 2017 memandangkan ia adalah negara strategik dalam menyatukan perpaduan ummah di kalangan ulama Islam di rantau Asia Tenggara.

Pemilihan ini dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi memandangkan kestabilan politik dan sosial negara berada ditahap tertinggi.

Persidangan ini merupakan platform  di kalangan ulama Islam  rantau ini untuk mewujudkan hubungan jangka panjang dari segi biasiswa, pendidikan, sosio-ekonomi, keselamatan dan kebajikan.

Bertemakan Manhaj Ahlu As-Sunnah Unites ASEAN,  merupakan  kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri (JPM),  Kementerian Hal Ehwal Islam, Da'wah dan Bimbingan Arab Saudi.

Penganjur program ini Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM), Al-Khadeem Organization Malaysia (Al Khadeem),  Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Petang ini berlangsungnya perlancaran program ini di Auditorium P Ramlee bertempat di Radio Television Malaysia (RTM) yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Mohd Salleh Said Keruak, turut hadir Duta Arab Saudi, Syeikh Mahmoud Hussin

Baca Selanjutnya: Malaysia Negara Pertama Tuan Rumah Anjur Persidangan KUC 2017

ISKANDAR PUTERI - Projek pembangunan pengangkutan awam Bas Rapid Transit (BRT) akan menelan belanja RM2.56 bilion dengan RM1 bilion daripadanya dibiayai kerajaan pusat manakala baki ditanggung menerusi kerjasama swasta dan awam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri berkata projek BRT yang berkonsepkan keterangkuman serta kemampanan itu akan dibangunkan kerajaan pusat melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan kerajaan negeri Johor.

Baca Selanjutnya: Sebahagian Kos BRT Johor Akan Ditanggung Kerajaan Pusat - Najib

KUALA LUMPUR - Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan globalnya bagi membolehkan pencarum menikmati dividen tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelaburan KWSP di AS telah membawa pulangan tinggi sebanyak 11.1 peratus berbanding kira-kira 7.0 peratus apabila melabur di pasaran tempatan.

"Mereka yang mendapat manfaat (daripada pelaburan di AS) ialah kakitangan, pencarum KWSP

Baca Selanjutnya: KWSP Nikmati Pulangan Tinggi Daripada Pelaburan Di AS - Najib

PORT DICKSON - Isu Rohingya kini  mendapat perhatian dunia ia membuktikan suara yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didengari oleh pemimpin kuasa besar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini adalah hasil dari pertemuan Perdana Menteri bersama Presiden Amerika Syarikat dan Britain baru-baru ini.

"Ketika Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 yang diadakan baru-baru ini saya telah membangkitkan isu

Baca Selanjutnya: Isu Rohingya Dapat Perhatian Dunia: TPM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan khabar gembira dan penambahbaikan untuk seluruh penjawat awam sewaktu Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Menurut Najib, beliau memahami ramai anggota perkhidmatan awam ternanti-nanti dengan pengumuman tersebut.?

“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman tertentu. ?

“Insya Allah, beberapa khabar dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 haribulan Oktober ini nanti,”

Baca Selanjutnya: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 27 Oktober - Najib

BEIJING - Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, di sini pada Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia

Baca Selanjutnya: Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing - Zahid

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang satu ketika dahulu telah menyebabkan perang saudara yang melemahkan ummah sehingga meruntuhkan Empayar Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Beliau berkata rakyat perlu belajar daripada sejarah dan mengelakkan nasib yang sama, memandangkan Maal Hijrah bukan sahaja menyambut tahun baharu tetapi juga meraikan maksud di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW
Baca Selanjutnya: Rakyat Perlu Hindar Amalan Rasuah Dan Perpecahan - Salleh

Lebih banyak artikel..