21
Isn, Mei
947 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam posting di Facebooknya, Perdana Menteri menyatakan bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi serta amat disayangi rakyat.

Beliau juga memaklumkan sangat rapat dengan Almarhum Baginda.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah tadi. Almarhum Tuanku dan saya mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.

“Sesungguhnya Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja Pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi dua penggal dan juga sebagai Pemerintah Kedah.

“Almarhum Tuanku juga seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat,” katanya.

Selain itu, beberapa pemimpin utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menghulurkan salam takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.

 

KUALA LUMPUR – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diberitakan mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang, hari ini.

Namun begitu setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman pada jam 5 petang ini.

 

 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membincangkan isu anti keganasan di negera serantau dan isu kemanusian yang melanda etnik Rohingya di Myanmar dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J. Trump.
 
Menurutnya, dalam lawatan kerja tiga hari itu, beliau akan mengambil peluang untuk berbincang dengan Trump berhubung penderitaan mereka.
 
"Malaysia selama ini secara konsisten mendesak supaya penderitaan dan kesengsaraan kaum Rohingya diselesaikan
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksana 'Misi Kemanusian untuk Rohingya' yang terbesar dan diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu kenyataan media menyatakan ia merupakan manifestasi bantahan Malaysia sekerasnya terhadap penindasan berterusan oleh pasukan keselamatan Myanmar terhadap komuniti Rohingya.

Menurutnya, misi yang disokong oleh badan sukarelawan iM4U telah memulakan operasi dan bersedia

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Berikut artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk 'Rekod Demokrasi dan Kebebasan Bersuara Yang Utuh di Malaysia' dipaparkan dalam blog beliau, najibrazak.com.

Dalam artiket tersebut, Najib, antara lain, mengkritik mereka yang cuba mencemar nama baik negara di persada dunia semata-mata hanya untuk kepentingan politik dan menegaskan kerajaan mendukung demokrasi, kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang.

Pada 31 Ogos, Malaysia menyambut ulang tahun

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu memanfaatkan hubungan baik dengan negara luar, dan tidak menjadi katak di bawah tempurung' serta enggan bekerjasama dengan negara lain.

Beliau berkata kemasukan pelaburan asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, dan ini nyata telah menunjukkan keyakinan dunia antarabangsa terhadap pentadbiran negara.

Najib berharap lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,  menjelaskan bahawa negara ini akan tersenarai sebagai sebuah kuasa ekonomi ke-24 terbesar dunia pada 2050 dan ia bukan lagi bualan kosong.

“Ini berdasarkan laporan daripada syarikat perkhidmatan profesional antarabangsa, PwC menyebut Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada 2050. Inilah hasil kajian berdasarkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keyakinan pelabur asing ke atas

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..