22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kejayaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Hari Kebangsaan 2017 dan Hari Raya Aidiladha yang berturut-turut tiga hari, merupakan hari untuk rakyat Malaysia bangkit bersama dan terus melangkah ke depan.

Beliau berkata rakyat daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa datang untuk meraikan kemenangan Malaysia menjadi juara Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu, lepas.

"Pada 30 Ogos 2017, saya di Stadium Bukit Jalil sempena majlis penutup Sukan SEA. Saya bangga, bersemangat dan terharu melihat stadium yang boleh memuatkan 100,000 orang, penuh.

"Sasaran kita adalah 111 pingat emas seperti mana yang pernah kita capai pada tahun 2001, tetapi yang kita peroleh ialah rekod pencapaian 145 pingat emas daripada 404 pingat emas dipertandingkan (35.9 peratus)," katanya menerusi blog beliau (https://sskeruak.blogspot.my), hari ini.

Salleh menjelaskan setelah penutup Sukan SEA selesai, acara disambung dengan majlis menyambut Hari Kebangsaan 2017 dan sorakan serta tepukan gemuruh memenuhi sekitar stadium ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan

Baca Selanjutnya: Sukan SEA, Hari Kebangsaan Dan Aidiladha, Hari Untuk Melangkah Ke Hadapan - Salleh

KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka dipenuhi orang ramai daripada segenap lapisan umur dan kaum seawal jam 6 pagi untuk bersama barisan kepimpinan negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menggunakan kemudahan pengangkutan awam khususnya Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorail dan bas, orang ramai termasuk pelancong berpusu-pusu bergerak ke dataran yang hari ini bertukar wajah menjadi ‘Stadium Merdeka’ bagi menyaksikan sambutan yang diadakan setahun sekali itu.

Baca Selanjutnya: Orang Ramai Serbu Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan Isnin 4 Sept ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

"Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang.

"Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya semasa

Baca Selanjutnya: PM Isytihar Cuti Umum 4 Sept

ARAFAH - Berpeluang menaiki tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di sini kelmarin bukan sahaja menerbitkan perasaan teruja dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

Lebih daripada itu, mereka yang ditemubual dalam siaran langsung di Facebook Utusan Online tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga maasing-masing apabila tren yang mereka naiki melintasi tengah-tengah kawasan lapang di tempat yang cukup signifikan bagi umat Islam iaitu Mina, Muzdalifah dan Arafah

Baca Selanjutnya: Jemaah haji Malaysia Teruja, Bangga

KUALA LUMPUR - Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada  kemerdekaan 31 Ogos 1957,  sejarah laluan 60 tahun negara yang menakjubkan disajikan secara amat istimewa dan penuh nostalgia pada sambutan Hari Kebangsan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.

Disaksikan ribuan hadirin di dataran bersejarah dan rakyat Malaysia melalui siaran secara langsung oleh stesen utama televisyen tempatan, persembahan tahun ini mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi

Baca Selanjutnya: Detik 1957 Dominasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

KUALA LUMPUR - Projek River Of Life (RolL) bermatlamat untuk memtrasformasi Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada ikon waterfront yang dinamik serta berdaya huni dengan mempunyai nilai ekonomi melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Kementerian Wilayah Persekutuan menjelaskan projek ini dilancarkan pada tahun 2011 di bawah Program Transformasi Ekonomi, yang mana fasa 1 pengindahan Sungai Presint 7 membabitkan kawasan bersejarah.

Ia membabitkan

Baca Selanjutnya: River Of Life (RoL) Berpotensi Produk Pelancongan Baru

KUALA LUMPUR - Pengeluar produk halal perlu meningkatkan kualiti produk mereka agar menjadi produk bermutu tinggi pada tahap ?mewah' yang mampu menembusi pasaran antarabangsa yang lebih luas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata untuk itu, pengeluar harus meneliti untuk meningkatkan kebolehpasaran produk mereka dari segi kualiti, penjenamaan, penetapan harga, pembungkusan serta keberkesanan strategi pengiklanan.

Katanya aspek berkenaan penting supaya

Baca Selanjutnya: Jadikan Keluaran Produk Halal Berkualiti Tinggi, Tahap 'Mewah' - TPM

Lebih banyak artikel..