24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Indeks Jenayah di seluruh negara berkurangan sebanyak 9 peratus setahun dengan merekodkan jumlah penurunan keseluruhan sebanyak 47 peratus dari 2010 hingga 2016.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kadar pengurangan jenayah pada 2016 agak perlahan dengan hanya mencatatkan 2.8 peratus, ia bukanlah petunjuk bahawa insiden jenayah semakin meningkat.

"Sebaliknya, ia memberi gambaran bahawa semakin ramai dalam kalangan rakyat yang mengambil inisiatif untuk melaporkan kejadian jenayah. Perkara ini membuktikan rakyat semakin cakna dan waspada dalam usaha mengurangkan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa penurunan kadar jenayah yang lebih perlahan adalah selari dengan pertambahan penduduk serta pembangunan pesat negara.

"Bersandarkan hakikat bahawa bandar-bandar dan negara-negara paling selamat di dunia juga tidak bebas jenayah sepenuhnya, pencapaian NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan

Baca Selanjutnya...

KUALA SELANGOR - Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah berbincang dengan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini, supaya Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meyakinkan negara-negara berkenaan bahawa dakwaan negatif terhadap minyak sawit adalah tidak

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Masa depan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan sosial berterusan, yang pada masa sama, memerlukan keharmonian antara agama dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menarik perhatian bahawa keharmonian antara agama adalah berasaskan kepada persefahaman bersama serta saling menghormati.

"Ini adalah antara nilai-nilai intrinsik yang kita perlu sebarkan dan perkukuhkan," kata beliau pada majlis minum petang sempena sambutan

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Pembangunan metropolis bertaraf dunia, Malaysia Vision Valley (MVV) di Negeri Sembilan, mampu menarik pelaburan lebih RM290 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

MVV yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar, merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson serta menjadi sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur, akan dibangunkan secara berfasa sehingga 2045, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MVV dibahagikan kepada lima kluster strategik iaitu

Baca Selanjutnya...

BEIJING - China kini membuka peluang yang luas kepada ahli perniagaan Malaysia yang mahu menjalin kerjasama ekonomi untuk faedah bersama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hubungan saling mempercayai antara Malaysia dan China kini berada pada tahap paling menarik dengan ahli perniagaan Malaysia kini lebih mudah untuk menjalin kerjasama ekonomi berbanding sebelumnya.

"Saya lihat wujud kemesraan di pihak China seolah-olah pintu mereka dibuka seluas-luasnya," kata Najib

Baca Selanjutnya...

GEORGETOWN - Dua peniaga yang bertanggungjawab melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang ketika operasi rampasan di Bagan Jermal, Georgetown, malam tadi ditahan pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, kedua-dua individu tersebut ditahan pada jam 8.45 malam, sejurus kejadian berlaku.

“Pegawai penguat kuasa itu turun dari lori dan berjalan ke belakang kenderaan sebelum kedua-dua suspek masuk ke dalam lori dan mengunci

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

BETA SULTAN MUHAMMAD KELIMA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..