24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang satu ketika dahulu telah menyebabkan perang saudara yang melemahkan ummah sehingga meruntuhkan Empayar Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Beliau berkata rakyat perlu belajar daripada sejarah dan mengelakkan nasib yang sama, memandangkan Maal Hijrah bukan sahaja menyambut tahun baharu tetapi juga meraikan maksud di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622.
 
"Mengimbau tahun 622, apabila Eropah masih di dalam Zaman Kegelapan, Dunia Islam berjuang untuk kebebasan, hak-hak sivil dan mengakhiri penindasan dan pembunuhan. Muslim, Yahudi dan Kristian hidup bersama dalam satu masyarakat dan menghormati hak dan agama masing-masing.Keadaan itu mendorong apa yang ahli sejarawan menyifatkan era kegemilangan Islam,"katanya dalam catatan blog beliau sskeruak.blogspot.my, malam ini sempena sambutan Maal Hijrah 1439H.
 
"Malangnya ini semua akan musnah kerana rasuah dan perpecahan. Perang saudara meletus dan ini melemahkan ummah sehingga menyebabkan runtuhnya Empayar Islam.
 
Malaysia adalah rapuh kerana
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Umat Islam dituntut supaya melakukan suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya dalam konteks hijrah pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

"Jika dilihat dari sudut era globalisasi, hijrah itu merangkumi perubahan dan penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu dari sudut

Baca Selanjutnya...

MANILA - Malaysia mencapai banyak kejayaan sepanjang menjadi Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 bermula 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam tempoh dua tahun itu kejayaan Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh negara-negara ASEAN tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Dalam beberapa kejayaan itu terdapat tiga kejayaan yang membanggakan,"katanya kepada media Malaysia sejurus selepas

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Pihak polis telah menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media malam ini.

Menurut Amar Singh, penahanan dibuat hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi menerusi kerjasama penduduk sekitar kawasan kejadian.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan di

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat bebesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negara ini yang turut serta menyumbangkan pandangan dan idea dalam Bajet 2018.

Beliau berkata, sehingga Isnin lalu sebanyak 13,837 idea dan cadangan diterima sepanjang kempen 'crowdsouring' #Bajet2018 yang berlangsung selama 15 hari bermula 4 September hingga 18 September.

“Hasil dari penelitian awal, saya mendapati pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan, pencukaian

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Malaysia kini dipandang tinggi oleh dunia sejak pembentukannya 54 tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam ini.

Katanya, Malaysia yang dahulunya belum dikenali di peta dunia kini dilihat sebagai negara yang berjaya dan diakui oleh pemimpin dunia.

"Bila kita menyambut Hari Malaysia ini, kita boleh melihat bagaimana sebagai sebuah negara 54 tahun dahulu.

"Siapa kenal Malaysia (dahulu) - (Sebuah) negara pertanian, bilangan penduduknya tidak besar

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September sebagai hari penyatuan negara bangsa.

Pada tarikh itu semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambutnya sebagai hari penubuhan sebuah negara.

"Sebagai rakyat, tentunya kita bangga dengan apa yang telah negara kita capai. Tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

"Setelah Singapura berpisah

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.