25
Isn, Sep
686 ARTIKEL BARU

Isu Keganasan Dan Rohingya Agenda Utama Pertemuan PM Bersama Trump

Nasional
Typography
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membincangkan isu anti keganasan di negera serantau dan isu kemanusian yang melanda etnik Rohingya di Myanmar dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J. Trump.
 
Menurutnya, dalam lawatan kerja tiga hari itu, beliau akan mengambil peluang untuk berbincang dengan Trump berhubung penderitaan mereka.
 
"Malaysia selama ini secara konsisten mendesak supaya penderitaan dan kesengsaraan kaum Rohingya diselesaikan segera.
 
"Penghujung tahun lalu, saya telah menyuarakan mesej supaya ia dihentikan segera termasuk kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu-Kyi," katanya.
 
Jumaat lalu, dalam misi penghantaran bantuan kemanusian pelarian Rohingya, Najib menyatakan bahawa Kerajaan Bangladesh tidak bersendirian dalam menangani isu berkenaan.
 
Sepasukan anggota peninjau akan dihantar ke Dhaka untuk berbincangan dengan Kerajaan Bangladesh untuk tindakan selanjutnya bagi membantu golongan tersebut, jelas Perdana Menteri.
 
"Perkara ini kita tidak boleh pandang ringan kerana laporan yang diterima mereka sedang dizalimi tanpa belas kasihan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
 
"Bantuan kali ini meliputi keperluan makanan serta diiringi oleh sukarelawan dari iM4U diketuai oleh Angktan Tentera Malaysia," katanya.
 
Najib berkata, selaku komuniti Asean yang berpegang teguh kepada nilai kemanusian, Kerajaan Malaysia menggesa Kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan kemelut ini.
 
Ia termaktub di dalam ASEAN Charter dan ASEAN Human Rights Declaration serta Resolusi yang telah dicapai melalui Extraordinary Session of the OIC Council of Foreign Ministers pada 19 Januari 2017.
 
Perdana Menteri berkata, Malaysia akan melakukan apa yang terdaya bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka.
 
Mengikut Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, lebih kurang 350,000 orang yang sudah berpindah dan terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
 
Selain itu, Perdana Menteri yakin pertemuan beliau dengan Trump akan berjalan lancar serta membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua negara.
 
"Hakikatnya, kita tidak boleh menjadi negara yang bagaikan katak di bawah tempurung, tidak mahu berkerjasama dengan dunia luar, terpedaya dengan dakyah-dakyah yang menuduh bahawa kemasukan pelaburan asing itu boleh disamakan dengan menjual kedaulatan negara," katanya.

 

ARHIZA AHMAD