25
Isn, Sep
686 ARTIKEL BARU

Almarhum Sultan Kedah Amat Disanjung Tinggi – Perdana Menteri

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa dukacita atas berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam posting di Facebooknya, Perdana Menteri menyatakan bahawa Almarhum Baginda adalah seorang Sultan yang peramah, mesra, berhemah tinggi serta amat disayangi rakyat.

Beliau juga memaklumkan sangat rapat dengan Almarhum Baginda.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah tadi. Almarhum Tuanku dan saya mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.

“Sesungguhnya Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja Pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi dua penggal dan juga sebagai Pemerintah Kedah.

“Almarhum Tuanku juga seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat,” katanya.

Selain itu, beberapa pemimpin utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menghulurkan salam takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.