23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Perpaduan Dua Negara Jayakan Muktamar Khayr Ummah

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR - Persidangan Khayr Ummah Conference (KUC) 2017 ini terhasil daripada hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang berlangsung hari ini.

Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Salleh Abdul Aziz berkata, kerjasama dua negara ini adalah bukti membantu antara satu sama lain bukan saja dalam bidang ekonomi sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk agama.

Menurutnya, Kerajaan Arab Saudi sentiasa menyeru kepada perpaduan dikalangan umat Islam dan bukan perpecahan kerana ia membawa kerugian.

“Muktamar ini kali pertama diadakan di negara Asia dan Malaysia dipilih kerana ia menjadi contoh dalam kerjasama dua negara dalam pelbagai bidang.

“Ini membuktikan perpaduan dua negara yang terjalin sejak dahulu, malah Kerajaan Arab Saudi amat mementingkan perpaduan daripada perpecahan,” katanya di Muktamar Antarabangsa Umat Islam Peringkat ASEAN, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Sheikh Salleh berkata, muktamar kali ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara ASEAN.

Tambah beliau lagi, seperti mana yang kita tahu banyak pihak cuba memecah belah umat Islam, bagaimanapun jika bersatu perkara ini dapat diatasi.

“Begitu juga pada zaman Nabi, mereka turut menerima pelbagai bentuk ancaman dan dugaan tetapi ia dapat diatasi dengan bersatu,” katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.