26
Sab, Mei
823 ARTIKEL BARU

Sistem IMAMS Permohonan Visa Umrah Dibatalkan

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan system Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah yang berkuat kuasa semalam telah dibatalkan.

Pembatalan ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya hari ini.

Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui sidang media berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.