11
Sel, Dis
28 ARTIKEL BARU

Kadar Inflasi Negara Turun Sejak GST Dilaksanakan - Najib

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang bukanlah berpunca daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semata-mata, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya jelas beliau, kerajaan telah memilih kaedah yang terbaik di dalam melaksanakannya seperti mengecualikan sebanyak 578 item daripada dikenakan cukai tersebut.

Selain itu katanya, sejak GST mula diperkenalkan, kadar inflasi negara juga telah jatuh kepada 1.4% setakat bulan Februari tahun ini.

“Sebenarnya kenaikan harga barang ini bukan boleh diperkatakan semata-mata kerana GST. Sebab bila kita laksana GST, kita telah pilih jalan yang we provided for soft landing. 

“Sebab itu kita telah kecualikan 578 item terutamanya barang asas seperti beras, ayam, telur, ikan, daging, sayur, roti, minyak masak, buah, petrol pun tiada, buku, kesihatan, ubat dan sebagainya. 578 barangan samada zero rated atau dikecualikan (dari GST). Dan kadar kita adalah 6%.

“Apa yang saya nak sebut di sini, dalam sejarah negara kita, kadar inflasi mencapai tahap tertinggi pada tahun 1998 dan 2008, iaitu sebelum GST diperkenalkan. 

“Umpamanya pada Julai 2008, inflasi kita mencecah 8.4%. Sejak GST diperkenalkan, kadar inflasi dicatatkan pada tahap 2.1% pada tahun 2015, 2.1% pada tahun 2016, 3.7% pada tahun 2017.

“Pada bulan Februari tahun ini kadar inflasi jatuh kepada 1.4%. 

“Jadi kalau nak kata kerana GST (harga barang naik), itu tidak benar. Takkanlah harga ikan kembung naik kerana GST? Sebab ikan kembung tiada GST,” katanya.

Justeru itu katanya, pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta yang benar.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Laporan Transformasi Negara 2017, mala mini.

Jelas Najib lagi, kerajaan menyedari keputusan untuk melaksanakan cukai GST ini bukanlah keputusan yang popular dan mempunyai ‘political cost’ (kesan politik).

Namun begitu tegasnya, kerajaan sanggup untuk menghadapi kesan tersebut kerana percaya ia adalah perkara yang sepatutnya dilakukan dan akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat dan negara ini untuk jangka masa panjang.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.