KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.
"Saya Ingin mengucap terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) atas bantuan mereka," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Astro Awani, Kenyataan Media | Diterbitkan pada Julai 02, 2018 20:24 MYT